Jumat, 31 Januari 2014

Sudah 20 tahun kami hadapi masalah ini Apa kata TPM

Harakahdaily, 14 Jan 2013
PONTIAN: Ini bukan di pendalaman Sabah atau Sarawak tetapi di negeri yang lahirnya parti yang memerintah negara sekarang, Umno iaitu di Johor.

(Inilah jalan kampung kami bila hujan, yang sudah 20 tahun terbiar. Apa berlaku kepada penunggang ini kalau termasuk lopak?)

Sudah pelbagai usaha yang dibuat penduduk kampung ini untuk membolehkan jalan di kawasan mereka ini ditarkan, namun mereka ditendang ke sana ke sini.

"Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya," cerita Puan Siti Hadijah Bt Bonaim dalam suratnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, masalah ini bukan baru bahkan sudah 20 tahun berlalu.

Masalah yang dihadapi mereka kian ketara apabila musim hujan tiba.

"Sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut," katanya.

Berikut adalah surat Siti Hadijah kepada Harakahdaily bagi mengadu masalah ini.


Assalamualaikum.

Nama saya Siti Hadijah Bt Bonaim (gambar). Saya wakil penduduk Kampung Parit Abas Darat , 82210, Benut, Pontian, Johor.

Saya ingin membuat permohonan naik taraf jalan di kampung saya dari tanah merah ke tanah tar.

Ini kerana sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut.

Dalam sehari lebih kurang 20 buah lori menggunakan jalan itu.

Jalan tersebut boleh menembusi ke Rejo Sari, Air Hitam, Parit Raja, dan Batu Pahat.

Jalan tersebut yang belum di tar lebih kurang 1 kilometer lagi.

Sebelum ini pun saya telah mengadu hal ini ke dalam surat khabar Berita Harian, dan menelefon terus kepada Yb Ahmad Maslan, YB Ayub Bin Jamil, Ketua Kampung dan pihak atasan yang lain.
Namun begitu, tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

Saya berasa amat dukacita kerana sudah 20 tahun jalan tersebut tidak di tar.

Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya.

Tambahan pula, kadang kala hujan di waktu pagi, anak saya hendak pergi ke sekolah susah kerana keadaan jalan yang lecak dan pada waktu panas jalan berabuk pula.

Saya berharap agar pihak tuan datang dan melihat sendiri keadaan jalan ke rumah saya.

Segala kerjasama amat dihargai dan tindakan segera dilakukan.

Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi di talian ini.  (012-7519037). Ini no telefon suami saya, Sarni Bin Saaim.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Amyza Adnan Kecewa Tak Dapat Didie Alias


Pelakon Amyza Adnan berasa kecewanya kerana tidak dapat memilih teman baiknya pelakon dan pelawak Didie Alias untuk menyertai kumpulannya bagi menyahut cabaran dalam program Liga Lawak Superstar.

Namun Amyza akur dengan keputusan dan tetap bersemangat untuk memberi saingan sengit dalam program yang menguji kemahiran improvasi melalui tugasan-tugasan yang diberikan.

“Memang nak sangat pilih dia masuk kumpulan kami. Tapi tak dapat. Kecewa juga bila kami tak dapat pilih Didie. Lagipun peminat-peminat sering meluahkan hasrat mereka nak tengok saya dan Didie bergabung. Tak nak buat macam mana kan… Tak apa lah”, katanya ketika ditemui pada pelancaran dan sesi pemilihan komedian untuk setiap kumpulan program tersebut, bertempat di Empire Hotel, Subang, kelmarin.

Program terbitan TV3 ini merupakan sebuah rancangan yang menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelakon-pelakon dari deretan drama terbaru yang pernah disiarkan di saluran tersebut.

Dalam Liga Lawak Superstar, Amyza berpasangan dengan Aman Nassim serta komedian yang telah dipilih ialah Hamdan. Mereka bertiga bergabung dalam kumpulan yang diberi nama, Derhaka Seorang Sinderella.

Sementara mengenai penglibatannya dalam program yang dicetuskan oleh figura serba-boleh, Afdlin Shauki itu, Amyza memberitahu dia sebenarnya menggantikan salah seorang pelakon wanita. Pelakon tersebut tidak dapat memberi komitmen pada Liga Lawak Superstar kerana jadual penggambaran yang padat.

“Saya gantikan seorang pelakon wanita lain. Kalau ikutkan saya tak mahu menyertai program ni sebab malu nak buat lawak. Tapi saya akan cuba yang terbaik”, katanya yang turut mendedahkan dia pernah menolak tawaran sebanyak tiga kali untuk menyertai satu program pertandingan lawak sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, mulai minggu hadapan Amyza bakal sibuk di set penggambaran telemovie seram arahan Michael Ng. – Malaysian Digest
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Karya Fotografi Spektakuler Seorang Laki laki Dikelilingi Gerhana Matahari

Ini dia yang dinamakan "The right man on the right time and right moment". Fotografer Colleen Pinski siap untuk perjalanan ke ujung bumi untuk mendapatkan gambar yang menakjubkan dari gerhana matahari.

Wanita 27 tahun ini melesat 370 mil untuk menemukan tempat yang sempurna untuk melihatnya setelah sehari sebelumnya mengetahui bahwa peristiwa alam yang menakjubkan akan terjadi.

Dan foto ini menunjukkan usahanya yang berharga meskipun menghabiskan berjam-jam di mobilnya dari rumahnya di Colorado, Denver, ke Albuquerque, New Mexico.


Setelah Colleen menemukan lokasi yang sempurna ia masih harus menangkap gerhana dari 1.5 mil jauhnya. Gambar menakjubkan diatas menunjukkan upaya Colleen tidak sia-sia dengan foto yang sempurna dan indah dari seorang anak yang dibingkai oleh gerhana pada 20 Mei.

Colleen mengatakan ia hampir menyerah tetapi terus berusaha karena dia tahu itu akan menjadi kesempatan sekali dalam seumur hidup.

Dia berkata, "Suami saya dan saya menemukan sebuah toko di Denver yang dapat meminjamkan lensa foto super.. Kami juga menyewa sebuah cermin panas untuk melindungi sensor kamera dan beberapa filter ND."

"Kami berkendara ke Albuquerque, mengambil foto di sepanjang jalan. Gerhana tersebut terjadi pada pukul 7:36 waktu setempat dan kami tiba di sana pada pukul 5:45 dan menemukan lokasi tepat dan bisa langsung menyiapkan peralatan kami."

"Kami menemukan sebuah taman bagus yang kita bisa duduki rumputnya. Saya hanya melihat layar LCD pada kamera untuk melindungi mata dan tidak langsung ke matahari. Saya menggunakan Canon 7D."


"Pada saat gerhana sedang setengah terjadi seorang pria berjalan tepat di tengah dan terbingkai sempurna untuk diambil fotonya. Saya tidak tahu siapa dia atau apa yang sedang ia pegang, tapi saya pikir itu adalah kertas dengan lubang jarum sehingga ia bisa menonton gerhana."
 
 
sumber
Read More..