Jumat, 28 Februari 2014

Pakar SEO Klaten

Pakar SEO Klaten  - Tiada maksud buat apapun,
aku pengen cari temen temen Pakar Seo di Klaten ..
dari situlah page ini di buat...

Tu baca deh di tulisan foto: 
Jasa SEO klaten Jasa Toko Online Klaten SEO

Oke, semoga suatu hari bisa ketemu. dengan para Pakar SEO Klaten . Saya pengen belajar dan berbagi. Nomor telepon saja di samping dah ada. Aku sendiri tinggal di Desa Sajen, Ngenthak, Trucuk, Klaten.

Saya jualan produk rumah tangga untuk kamar anak, juga jualan selimut karakter kartun juga selimut dewasa. INtinya mari semangat belajar bareng dan menjadi Pakar SEO Klaten  yang kaya raya serta banyak sodakoh dan amal kebaikannya.

Read More..

Kamis, 27 Februari 2014

Sampai ke Paris dalam keadaan mabuk

21 Nov 2012

London, myMetro : Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara dan kembali waras keesokan hari di Paris, Perancis.
Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk.

Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang.

 Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.

Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikan Menara Eiffel.

Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City.
Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter. - Agensi

Read More..

Rabu, 26 Februari 2014

Cara Nak Tahu Orang Tu Seorang Gay Ke Tak

Anda seorang Gay?
Anda seorang Macho Man?
Nak tahu tengok di jari anda sendiri dan tengok keputusan dalam gambar bawah ni:
 
*Apapun, tak perlulah terlalu over sangat mempercayai benda ni. Mungkin Saintis ni terjumpa benda ni dari majoriti orang Gay memang jari dia camni kot... hehehehehe.
Apapun, hanya kita sendiri yang tahu siapa diri kita yang sebenar.
Fikir-fikirkan...
Read More..

Selasa, 25 Februari 2014

Laporan Ranking Model Model kereta di Jepun dari Jan June 2010

Salam semua. Mari kita lihat ranking model-model kereta di Jepun untuk 6 bulan pertama tahun 2010. Prius mendahului lain2 model mungkin disebabkan faktor penjimatan minyak yang hebat. Ape komen anda?

Orang Jepun jelas lebih menyukai Toyota. Pendapat saya, Toyota masih lagi champion dalam segi Jimat minyak, Ekonomi, Ergonomik dan NVH di Jepun. Ambil contoh Prius vs Insight saje dah memadai. Prius mampu dapat 38km/liter sedangkan Honda Insight cuma 28km/l.


Read More..

Senin, 24 Februari 2014

Cico Harahap Sudah Tiga Tahun Jadi Duda


PETALING JAYA – Pelakon Cico Harahap mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan bekas isterinya Elle atau nama Islamnya, Nur Fuziani Abdullah pada tiga tahun lalu.

Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 36, berkata, dia merahsiakan perkara tersebut kepada sebelum ini kerana belum bersedia untuk mengesahkan statusnya sebagai duda kepada seorang anak.

“Sebelum ini saya lebih senang untuk berdiam diri tentang status sebenar saya. Dan ya, kini saya seorang bapa tunggal kepada seorang anak. Saya telah bercerai tiga tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.

Cico dan Elle telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah, yang berusia tiga tahun.

Tambah anak kepada penyanyi Uji Rashid ini, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi sebaliknya ingin memberi fokus semula terhadap kerjaya lakonan yang sudah lama ditinggalkannya.

Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan filem Puteri Impian itu berkata, dia ada mengenali seorang wanita, namun tidak tahu sama ada wanita itu adalah calon sesuai untuk dijadikan isteri atau tidak.

“Apa-apa pun saya selesa dengan hidup sekarang. Saya ada seorang anak yang buatkan saya ceria selalu dan dia juga sering menemani saya ke set penggambaran.

“Teringat pula zaman saya kecil dulu yang sering mengikut ibu (Uji) mana-mana sahaja yang melibatkan aktiviti kerja seninya,” ujar Cico.

Sementara itu, Cico yang sebelum ini menetap di Pulau Tioman melatih penyelam-penyelam skuba berkata, dia mahu membuat kemunculan semula selepas enam tahun tidak muncul di layar perak dan televisyen.

Katanya, memandangkan pada penghujung tahun ini adalah musim tengkujuh, ia memudahkannya lagi untuk menghabiskan masa dengan memenuhi kerja-kerja lakonan dan sebagai permulaan, Cico terlibat dengan drama berjudul Jiwa, arahan Kabir dan Nurhanisyam Muhammad.

“Sekarang ni pun tengah musim tengkujuh, jadi kebetulan ada tawaran berlakon, saya terima.

“Alhamdulillah, ia satu peluang baik apalagi dapat bekerjasama dengan Kabir. Dalam drama ini, saya berlakon sebagai Zul, sahabat baik kepada Iskandar, lakonan Remy Ishak,” tuturnya.

Ia mengisahkan perhubungan keluarga dan aksi lawan Muay Thai yang dilakonkan oleh tiga pelakon utama iaitu Faizal Hussein, Remy Ishak dan Kamal Adli.

Jiwa yang turut melibatkan pelakon Siti Elizad, Sheila Mambo dan Liza Shadan ini bakal disiarkan setiap Rabu mulai 5 Februari 2014 b bermula pukul 9 malam di TV3. – mStar Online
Read More..

Minggu, 23 Februari 2014

Syahadat Syiah

SYIAH SESAT
Syiah Melaknat Sahabat Rasulullah S.A.W dalam Syahadah mereka .
LAKNATULLAH buat Syiah .....
Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

Mengubat sakit kepala

KUNTUMAN mekar Ara Dani semerbak pada waktu malam.

ARA DANI adalah sejenis renek yang memanjat. Daun bujur memanjang dan meruncing di bahagian hujung serta tumbuh berpasang-pasangan di sepanjang batang. Batangnya keras dan liat. Batang muda berwarna hijau dan yang tua berwarna hitam.
Bunganya terbit berjambak di hujung dahan. Kuntum yang muda berwarna putih tetapi kemudian bertukar menjadi merah setelah mengembang dan seterusnya menjadi merah jambu apabila hampir gugur. Tangkai bunga panjang menjadikan penampilannya yang berjuntaian cukup menarik. Pokok ini amat sesuai dijadikan hiasan di pagar rumah.
Keistimewaan bunga ini ialah ia mekar pada waktu malam dengan mengeluarkan bau yang semerbak. Buahnya kecil berwarna kehitaman berukuran tiga sentimeter panjang.
Nama saintifiknya Quisqualis indica L. Selain ara dani, berbagai nama lagi diberikan kepada pokok ini. Ada yang memanggilnya bunga rangoon, akar dani, udani, redani, akar pontianak dan lain-lain. Pokok ini mudah tumbuh dengan hanya mengambil batangnya sebagai bibit. Ia juga mudah bercabang dengan mencantas hujungnya.
Kamarudin Mat-Salleh (2002) yang memetik dari Burkill (1935) menyebut bahawa buah yang separuh masak direndam di dalam air dan jika diminum boleh melegakan cirit-birit, membuang cacing di dalam perut dan juga boleh melegakan sakit kepala.
Read More..

Jumat, 21 Februari 2014

Sebuah Keluarga Tinggal Dalam Tandas Lelaki


CHINA – Akibat kemiskinan hidup, sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka terpaksa menyewa sebuah bilik tandas lelaki yang diubah suai menjadi tempat tinggal.

Zeng Lingjun yang bekerja sebagai tukang kasut berkata. dia tiada pilihan selain menyewa tandas yang tidak digunakan lagi di sebuah hotel.

Dia berpindah ke tandas lelaki seluas 20 kaki itu pada 2006 dan berkahwin dengan isterinya, Wang Zhixia pada 2010. Anak mereka lahir setahun selepas itu.

Zeng bagaimanapun mengaku rumahnya itu tidak selesa dan dia terpaksa mengepam air tandas berulang kali bagi membuang bau busuk daripada saluran paip dari blok yang terletak di atas biliknya.

Malah pendedahan terlalu lama kepada keadaan melekit itu menyebabkan anak lelakinya mengalami eczema.

Isterinya pula terpaksa memasak di luar tandas itu walaupun mengaku ia bukan sesuatu yang mudah dan tidak selesa.

Berasal daripada keluarga miskin di wilayah Jilin, Zeng mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institut Sains dan Teknologi Heilongjiang pada 1999.

Namun dia tidak dapat masuk ke universiti itu kerana tidak mempunyai wang dan hanya mempunyai 50 yuan, yang kemudiannya digunakan untuk berpindah ke Shenyang.

Meskipun dia berusaha mencari tempat tinggal yang lebih baik, namun Zeng terpaksa menghantar wang kepada ibu bapanya yang telah tua selain mengumpul wang untuk menyekolahkan anaknya kelak.

“Saya berpuas hati dengan apa yang saya miliki ini. Hidup lebih baik daripada kehidupan lampau saya,’’ katanya
Read More..

Kamis, 20 Februari 2014

Gambar Sekitar Tanah Runtuh Di Puncak Setiawangsa

Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi

Tanah runtuh di Puncak Setiawangsa

Benteng Konkrit runtuh di Puncak Setiawangsa
Banglo mewah musnah akibat tanah runtuh di Puncak Setiawangsa
Jalan ditimbusi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa
Malah, sehingga lewat malam tadi, pergerakan tanah di situ masih berlaku dan situasi difahamkan kritikal hingga memaksa sekurang-kurangnya penghuni di empat banglo mewah di puncak bukit berkenaan di arahkan keluar.

Difahamkan antara penghuni yang terlibat adalah keluarga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; keluarga Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis serta seorang warga asing bernama Maulana.

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera.

"Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit.

"Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut.

Penyewa yang menyewa di situ juga dikatakan telah pun berpindah awal disebabkan berlaku keretakan teruk pada kediaman mewah itu.

Tambah Fauziah, tiada kejadian hujan lebat dalam tempoh dua hari ini malah pihak berkuasa tempatan juga sering menyelia keadaaan benteng konkrit berkenaan.

Sementara Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.




sumber
Read More..

Rabu, 19 Februari 2014

Buletin Utama Pelajar Dibenarkan Membawa Handphone Ke Sekolah Mulai 2013





betul ke apa yang aku dengar bahawa mulai 2013 pelajar sekolah menengah di malaysia dibenarkan membawa handphone ke sekolah? sekarang ni tengah heboh kat facebook dan twitter pasal benda nie? aku pulak tak sempat nak tengok berita tv3 tadi.. kalau betul la apa yang aku dengar ni, bermakna mulai tahun depan, pelajar tak perlu la nak susah susah nak nyorok nset time sportcheck or perhimpunan.. untung la.. tapi aku nak tengok adakah malaysia mampu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang mulai tahun depan seperti tahun tahun sebelum nie.. sememangnya tak dapat dinafikan bawaha nset nie berguna untuk pelajar terutamanya waktu kecemasan, namun bagi aku keburukannya jauh lebih besar daripada kebaikkannya.. kalau betul la pelajar diberi keistimewaan nie, aku harap kerajaan dah kaji betl2 perkara nie.. 

nie antara tweet rakan twitter:










tweet xbleh bla..



Read More..

Selasa, 18 Februari 2014

Farid Kamil Berehat Seminggu Akibat Jatuh Motosikal

Farid Kamil

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari, 32, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian bahu kiri akibat terjatuh daripada motosikal pada Sabtu lalu.
Jurucakap pihak pengurusan Metrowealth berkata, pelakon tersebut sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah pada Isnin lalu.
“Alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak teruk dan selepas pembedahan kecil semalam (Isnin) dia dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.
“Kecederaan bahu kiri itu disebabkan kesan luka lama ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan tahun lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambahnya, Farid turut diberi rehat selama seminggu daripada sebarang penggambaran sementara laporan mengatakan bahunya patah adalah tidak benar.
“Farid kini sedang sibuk dengan drama Jodoh Itu Milik Kita terbitan Astro dan dia terpaksa rehat selama seminggu atas nasihat doktor.
“Insya-Allah dia akan pulih sepenuhnya beberapa hari lagi kerana kemalangan itu tidak terlalu teruk,” katanya.
Pelakon Lagenda Budak Setan itu dilaporkan terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya di sini.
Dia mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh sehari selepas kejadian kerana mengalami sakit pada bahu kiri. – mStar Online
Read More..

Senin, 17 Februari 2014

Gempar wajah menyeramkan di langit




                                PLAY !

ANKARA - Menakutkan. Itulah yang dapat dikatakan tentang wajah beberapa makhluk jahat yang terbentuk di angkasa tinjauan formasi awan.

Wajah-wajah makhluk jahat itu dirakam oleh seorang remaja, Mehmet Candar, 18, dengan menggunakan telefon bimbit berkamera di bandar Konya di wilayah Bozkir, Turki.

Mehmet berkata, dia dan bapa saudaranya bangun awal pagi untuk merakam seekor merpati istimewa yang kerap dilihat pada waktu subuh ketika fenomena itu berlaku.
"Kami melintas masjid di tempat kami apabila menyedari imej pelik itu wujud di angkasa," katanya.
"Saya diserang ketakutan ketika merakamkan imej itu tetapi bapa saudara saya meneruskan rakamannya kerana fenomena itu menakjubkan," tambah remaja itu. - Agensi

Read More..

Minggu, 16 Februari 2014

BlackBerry Setuju Tawaran Menyelamat AS 4 7b



OTTAWA – BlackBerry mengumumkan hari ini bersetuju dengan tawaran menyelamat AS$4.7 bilion oleh satu konsortium kumpulan pelabur yang merancang mengambil alih syarikat pembuat telefon pintar Kanada yang kini merudum.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menandatangani surat niat persetujuan oleh konsortium yang diketuai Fairfax Financial Holdings Limited bagi mengambil alih BlackBerry.

Fairfax, sebuah firma Kanada diketuai Prem Watsa, sebelum ini mempunyai kepentingan 10 peratus saham dalam BlackBerry.

Watsa bagaimanapun meletak jawatan dari Lembaga Pengarah BlackBerry apabila syarikat itu mengumumkan hasratnya untuk mencari pelabur baru. – AFP
Read More..

Sabtu, 15 Februari 2014

Siti Nurhaliza vs Khairy

sinarharian

SUKAN, khususnya bola sepak bukan bidang kegemaran penyanyi diva, Siti Nurhaliza berbanding minat semula jadinya pada nyanyian. Bagaimanapun berbanding dengan Siti, Khairy Jamaluddin atau KJ, tokoh muda yang dipilih semula menjadi Ketua Pemuda Umno baru-baru ini meminati sukan bola sepak. Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai portfolio sukan, ia bukanlah perkara baru jika minat itu menjadi satu profesion pula.

Dalam setahun boleh dibilang dengan jari siti dan suaminya Datuk K, hadir dalam pertandingan bola sepak. Justeru bagi orang ramai komen Siti mengenai KJ bukannya komen mengenai prestasi sukan bola sepak yang menjadi bahan kritik rakyat sejak kebelakangan ini. Ia bagaimanapun menjurus kepada usahanya membela Presiden FAM Sultan Ahmad Shah yang juga Sultan Pahang.

Selain sebagai anak jati Pahang, Siti juga memperoleh anugerah yang membawa gelaran “Datuk” daripada baginda. Siti dilihat melihat kritikan terhadap FAM seolah-olah kritikan peribadi terhadap kepimpinan Tuanku sebagai Presiden FAM. Ia harus dibela bagi memperlihatkan kasih dan sayangnya tertumpah kepada duli tuanku.

Ironinya kita lihat ada elemen double standard dalam memperkatakan sikap Siti dalam banyak hal. Apabila PM Najib Razak dikritik seperti dalam isu Altantuya dan submarine scorpion, Siti tidak tampil mempertahankan Najib. Sedangkan Siti sedar, Najib juga seperti Tuanku, anak jati Pahang.

 Siti memilih mengkritik KJ. Kalau ikutkan Siti bukanlah duta FAM, malah badan sukan itu tidak memerlukan sokongan Siti dalam usaha pertahankan diri daripada dikritik.

Kalau bahasa perundangan Siti dilihat tidak ada loci standi. Kalau sebagai duta produk sekalipun, ia bercakap tentang produk bukan aspek negatif. Adalah malang, Siti dengan tidak faham konflik dan sejarah yang mencetuskan kontroversi cuba menjadi juara dengan menganggap kritikan KJ biadab. Siti mungkin terlupa sebagai menteri, KJ bertanggungjawab mengenai sukan termasuk FAM dan bola sepak.

Malaysia pernah menjadi gergasi bola sepak Asia tapi itu dulu. Tetapi sekarang mutu bola sepak di Malaysia jatuh merosot seolah-olah para pemain kita dan jawatankuasa FAM baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Siti kena terima hakikat mengkritik FAM tidak bererti mengkritik Sultan Pahang. Tuanku dan FAM adalah dua entiti berlainan. Tidak ada siapa menganggap prestasi bola sepak kita merosot kerana faktor Tuanku. Siti atau sesiapa saja harus pisahkan antara dua entiti ini apabila mereka memberi pendapat dalam sukan bola sepak ataupun FAM.

Terlanjur kita bercakap pasal mutu sukan ini kebelakangan ini, kita ingin menambah bahawa dari segi pentadbiran, FAM jauh lebih baik dari persatuan sukan yang lain. Setengah persatuan sukan bukan saja gagal melahirkan jaguh-jaguh dalam bidang tertentu, tetapi lebih menyedihkan rebutan kuasa berlaku sehingga berlaku saman menyaman dan sebagainya.

Dari segi organisasi, Tuanku Sultan menjadikan FAM sebuah persatuan elit yang dihormati bukan saja kalangan kita, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa. Malang atas padang kegemilangan FAM gagal diterjemahkan dalam bentuk keputusan pertandingan. Para pemain kita masih jauh dari kualiti sebenar. Tak malu kalau kita katakan jika kerajaan import Alex Ferguson untuk membantu mengurus pasukan kebangsaan pun mutunya tetap tidak berubah. Dan akhirnya Alex pulang semula ke negara asal dengan 1,001 macam kekecewaan.

Bola sepak Malaysia memerlukan satu keajaiban untuk pulih daripada demam kejuaraan bertaraf antarabangsa seperti zaman supermokh atau Namat Abdullah. Malaysia boleh jadi kuasa baru bola sepak jika kita lebih berani dan bersifat praktikal. Ia sama seperti kata orang sekarang, berfikir di luar padang.

Justeru bagi saya apa yang KJ lakukan ialah membawa pandangan rakyat ke pengetahuan FAM. Sebelum ini KJ membuktikan keupayaan mengasaskan MyTeam tanpa FAM. KJ ada kebolehan yang mahu ditunjukkan kepada FAM.

Sebagai peminat bola sepak kita melihat apa yang KJ lakukan berniat baik dalam mengembalikan mutu sukan ini melalui kaedah tidak konvensional. Kita tidak hairan jika anjuran KJ tidak disenangi jawatankuasa FAM tetapi inilah yang membezakan antara kritikan dan memberi pandangan.

Elok sekiranya Siti fokus saja bidang nyanyian, tinggalkan sahaja bidang sukan dan bola sepak kepada ahli-ahlinya.

Read More..

Kamis, 13 Februari 2014

10 Ahli Strategi Militer Paling Hebat Di Dunia

10.Genghis Khan
 
Wilayah seluruh kekaisaran mongol pada puncaknya mempunyai luas 23 juta meter persegi, yang merupakan 22% dari keseluruhan luas daratan di Bumi. Taktik yang memungkinkan penaklukan tersebut dapat ditelusuri terutama dari Genghis kahn, pendiri kerajaan dan kaisar pertama .

nama lahirnya adalah Borjigin Temujin, dan ia menciptakan gaya menyerang serbaguna, yaitu Pasukan pemanah berkuda: pemanah yang terbaik tidak dilatih hanya untuk menembak, tapi untuk menembak akurat saat mengendarai kuda dengan guncangan dan kecepatan penuh. Mereka bahkan bisa menembak akurat langsung di belakang kuda dengan guncangan penuh. Tidak ada kekuatan infanteri di dunia pada waktu itu bisa bertahan oleh serangan pasukan kavaleri tersebut, dan semua bangsa bangsa kewalahan dengan serangan pasukan Mongol yang sangat cepat.

9.Julius Caesar


terlibat dalam permusuhan politik yang rumit antara legiun Caesar dan tentara Vercingetorix , Roma dan Gaul keduanya harus disalahkan. Tapi Caesar memperimbangkan dan mengumumkan bahwa Gaul telah menjadi ancaman serius terhadap keselamatan Roma di tahun 58 SM, dan ia menyerang dengan maksud untuk menghancurkan seluruh wilayah. Apa yang terjadi berikutnya adalah menjadikan kepopuleran caesar meningkat, di tangannya sendiri, dalam bukunya Commentarii de Bello Gallico. Dengan asumsi dia mengatakan yang sebenarnya, dan dia sangat jujur dan menghormati lawannya, Vercingetorix, pemimpin utama dari Gaul, yang telah memberikan penghormatan dengan bertempur dengan gigih dan penuh etika

8.George S. Patton

 
Dia sekarang terkenal dengan menggunakan taktik ciptaannya sendiri yang dipatenkan Nazi a: blitzkrieg. Sebuah "perang kilat" umumnya dianggap sebagai salah satu yang mengkonsentrasikan penyerbuan oleh semua personel yang tersedia dan materi ke dalam garis musuh, memecahkan mereka, kemudian menekan dan terus maju saat musuh belum siap untuk melakukan perlawanan.

Taktik Jerman ini sangat mengerikan yang digunakan untuk melumat Perancis dan Rusia. Ide ini diusulkan oleh entri berikutnya, yang dapat dianggap penulis Pertempuran Perancis. Patton memahami strategi blitzkrieg dalam peperangan, mobilisasi cepat untuk membantai musuh dan akan bertinjauan dalam hampir semua kasus. Hal ini didasarkan pada supremasi udara tetapi, setelah 1940, Sekutu secara permanen menguasai Eropa. Patton pertama naik menjadi terkenal di Afrika Utara, manuver tank-tank Jerman di El Guettar, dan memenangkan kemenangan baik atas # 5, meskipun # 5 tidak hadir.

7.Erich von Manstein


Manstein membuat daftar sebagian besar untuk pertahanan ahli tentang Kharkov, pertempuran ketiga untuk kota ini, di Ukraina modern. Soviet masih segar dari kemenangan monumental di Stalingrad, dan Jerman telah kehilangan inisiatif. Manstein sangat hampir mendapatkannya kembali dengan memegang muka Soviet menjadi stagnan sekitar Kharkov, meskipun dihadapkan dengan 350.000 orang melawan 70.000 nya. Tugasnya adalah untuk memotong dan menghancurkan ujung tombak lapis baja Soviet, yang telah maju terlalu jauh dari garis mereka sendiri. Kemudian dia harus merebut kembali Kharkov terus Soviet kembali. Dia bertinjauan dengan kedua tujuan.

Soviet menyerang seperti yang diharapkan, dan ditahan imbang di tengah, dan dipukuli kembali pada kedua panggul, dimana pusat Soviet untuk menarik atau dikelilingi. Manstein telah badai orang-orangnya ke Kharkov dalam pengejaran, dan pertempuran menjadi salah satu pertempuran jalanan dan memerangi rumah-ke rumah dekat. Ini harus memiliki disukai Soviet, yang lebih banyak orang, banyak dari mereka segar dari pertempuran yang sama di Stalingrad. Tetapi kota belum dibom menjadi puing-puing pada Stalingrad, dan tangki Mansteins akibatnya bisa manuver tanpa banyak kesulitan, mengambil kota dalam sekitar satu minggu. Manstein kemudian mengatur garis pertahanan di sisi timur kota untuk mencegah yang merebut kembali. Dia telah dibunuh atau ditangkap 52 divisi Soviet, sekitar 80.000 orang, kehilangan hanya sekitar 10.000 dirinya sendiri.

6.Scipio Africanus


Nama yang tepat Scipio adalah Publius Cornelius Scipio. Dia mencapai julukan "Africanus" setelah mengalahkan # 3 pada dataran Zama di Carthage (modern Afrika Utara). Dia bertinjauan ini kemenangan terhadap keunggulan numerik substansial: Carthage 43.000 64.000 versus Roma (dan sekutu) dilengkapi dengan 80 gajah perang. # 3 memerintahkan gajah untuk mengisi terlebih dahulu, lalu dimaksudkan infanteri untuk mengikuti mereka ke dalam lubang mereka diinjak-injak di garis Romawi.

5.Erwin Rommel


Rommel dikenang hari ini sebagai orang yang hampir menghentikan serangan Sekutu di trek baru lahir di Afrika Utara. Dia melawan Bernard Montgomery dari Inggris, dan kemudian, Jenderal Patton. Setelah menunjukkan dirinya megah dalam mendorong Axis melalui Belgia dan Perancis, ia dipromosikan menjadi jenderal der Panzertruppe, komandan Divisi 5 Cahaya, yang menjadi Divisi Panzer ke-21, dan dipindahkan ke Afrika Utara. Ia diperintahkan untuk menahan pijakan Nazi di Gurun Sahara sampai Hitler menaklukkan Inggris atau, putus asa ini, menaklukkan Rusia, dimana Hitler tentu akan mengalihkan seluruh tenaga kerja yang diperlukan dan mesin untuk Rommel, dan menyiapkan serangan habis-habisan melawan Inggris dan melintasi Atlantik melawan Amerika Serikat (atau digugat untuk perdamaian tergantung pada syaraf-nya).

Rommel sangat hampir berlangsung selama ini akan diambil. Hitler kalah dalam pertempuran udara untuk Inggris, setelah Rommel tidak pernah akan mendapatkan bahan yang dibutuhkannya, dan ia hanya kehilangan pijakan Nazi di Afrika karena kehabisan bahan bakar. Hitler menolak untuk mentransfer lagi karena dia dianggap lebih perlu untuk Front Timur. Tidak hanya Hitler berulang kali menolak permintaan Rommel untuk bahan, tapi setelah Montgomery berulang kali melemparkan di cadangan setelah cadangan sampai Rommel sudah kehabisan tank dan bahan bakar, Hitler menolak untuk mengizinkan Rommel untuk mundur.

4.Thomas J. “Stonewall” Jackson

 
Jenderal terbesar dalam sejarah militer Amerika (sejarah panjang) hanya kehilangan satu pertempuran dalam kariernya, di Kernstown, VA, pada tanggal 23 Maret 1862. Kerugian ini telah dikaitkan dengan intelijen yang buruk: Jackson diberitahu bahwa hanya ada satu resimen tentara Uni di daerah tersebut, tetapi mengalami divisi penuh 8.500 orang, menghadapi 3.800 nya. Ia berusaha untuk mengubah sayap kanan Uni, tapi dipukuli kembali, dan diadakan Utara lapangan. Hasilnya, bagaimanapun, terbukti lebih kompleks.

Utara menemukan bahwa keinginannya untuk memperkuat pasukan yang berbaris di Richmond akan diperjuangkan oleh Jackson di Lembah Shenandoah, rute hanya layak Utara bisa ambil untuk tentara dengan cepat. Lembah ini adalah sekitar 150 mil panjang sekitar 50 mil lebar, dan terdiri dari perbatasan barat laut Virginia dengan West Virginia. Untuk memerangi tentara Jackson dari 17.000 orang, Presiden Lincoln mengirim tidak kurang dari tiga pasukan terpisah, sejumlah 52.000 orang, dipimpin terutama oleh Gens. Fremont, Bank, Schenck dan Shields.

Setelah kekalahan pertama, Jackson tidak pernah kalah lagi, dan mengalahkan Uni serangan gabungan dalam tidak kurang dari 5 pertempuran sepanjang Mei-Juni awal 1862.
Spoiler for gambar:

3.Hannibal Barca

 
Hannibal mengawasi kehancuran yang paling garang dalam pertempuran tunggal dalam sejarah peperangan kuno. Hal ini disemen dalam sejarah sebagai Pertempuran Cannae, di tenggara Italia, tepat di atas tumit boot. Hannibal maksud adalah penaklukan mengucapkan Kekaisaran Romawi, dan ia datang lebih dekat dari siapa pun dalam sejarah untuk menariknya. Dia telah mengalahkan Roma dua kali pada Trebia dan Danau Trasimene, menimbulkan puluhan ribu korban dan, sebagai tanggapan, Roma memberi kekuasaan diktator untuk Fabius Maximus, yang mengobarkan perang atrisi terhadap dirinya, menolak untuk melawan dia, dan menolak akses pasukannya untuk lahan pertanian dan makanan.

Pada Cannae, masyarakat Romawi menuntut kemenangan, dan para jenderal yang ditugaskan untuk menyampaikan hal itu Gayus Terentius Varro dan Lucius Aemilius Paulus. Mereka tanpa rasa takut dan bodoh diserang pusat Hannibal, di mana mereka melihat pasukannya menjadi lemah. Hannibal dimaksudkan ini sebagai penipuan, dan mereka jatuh untuk perangkap: pusat terlibat dalam sebuah retret yang sangat terorganisir dalam menghadapi nomor unggul falang Romawi. Falang formasi ini diadopsi dari Yunani Kuno dan mempekerjakan hampir secara eksklusif sejak saat itu, diperkirakan terpecahkan. Hal ini benar jika musuh menyerang dari depan. Tetapi Hannibal melihat yang berat Achilless Heel: sekali dalam formasi barisan, massa Romawi seluruh tentara tidak bisa melakukan manuver untuk melindungi diri dari mengapit pasukan berkuda atau melingkar.

2.Napoleon Bonaparte

 
Napoleon melakukan sesuatu yang, pada waktu itu, tak seorang pun di bumi berpikir mungkin: dia menaklukkan hampir seluruh Eropa. Dia cukup lengkap dari dirinya sendiri, dan yang mungkin ada hubungannya dengan 52 nya "tinggi, atau 1 nya" penis (mencarinya). Tapi apa yang ia kekurangan di fisik, ia lebih dari dibuat dalam berani dan kecemerlangan. Ketika menjadi jelas bahwa ia ingin Eropa menjadi sepenuhnya Perancis, seluruh Eropa bersatu melawan dia. Koalisi ini terdiri dari The United Kingdom, Austria, Rusia, Spanyol, Portugal, Belanda, Swedia dan sejumlah orang lain.

Napoleon sendirian memimpin di Grande Armée untuk kemenangan demi kemenangan, yang paling mengesankan terjadi di Austerlitz dan Ulm, di antara banyak lainnya. Kemenangan-Nya di Austerlitz masih dipandang dengan kagum di universitas militer di seluruh dunia. Napoleon kalah jumlah 72.000 untuk 92.000, tapi ia tahu bahwa koalisi Rusia-Austria (koalisi ketiga) sangat ingin menyerang dan menghancurkan dia, dan ia furthered keinginan mereka dengan pura-pura penampilan lemah dalam tentara sementara di lapangan sehari sebelum pertempuran dimulai. Lalu ia sengaja menipis sayap kanan untuk melemahkan, dan koalisi mengambil umpan, menyerang ada di sana pagi berikutnya. Dengan demikian, koalisi habis pasukan di pusat, dan ini adalah di mana Napoleon dimaksudkan untuk menyerang pada saat yang tepat. Ini bekerja.

1.Alexander III of Macedon


Orang-orang Yunani memanggilnya "Μέγας Ἀλέξανδρος,"yaitu, "Alexander Agung," dan ia benar-benar tetap begitu, karena ia berjuang total 17 pertempuran besar, dan memenangkan setiap satu pun dari mereka. Dia sangat kalah jumlah di sebagian besar dari
mereka, tetapi dengan keahlian militer anak buahnya tidak pernah kehilangan lebih dari 16% dari tentara mereka dalam 1 pertempuran. Bahwa tingkat kematian 16% terjadi hanya sekali, di Issus, pada 333 SM, di mana pertempuran Alexander kehilangan 6500-7000 orang dari 40.000 personel. Musuhnya, Darius III dari Persia, kehilangan 20.000 sampai 30.000 orang .

Pada Gaugamela, dua tahun setelah Issus, ia kehilangan hanya 2,5% dari pasukannya, atau sekitar 1.100 orang dari 47.000 pasukannya. Ia mengalahkan Persia dengan spektakuler dan menewaskan sedikitnya 40.000 sampai 90.000. Tentara Persia itu terdiri dari setidaknya 100.000 orang sampai 1.000.000. Darius akhirnya bisa menggunakan seluruh pasukannya sekaligus tanpa pembatasan medan, karena di Issus Alexander bertarung dengan melewati celah di pegunungan yang cukup sempit.
Read More..

Rabu, 12 Februari 2014

Momen Momen Unik Tentang Kucing Yang jarang Anda Lihat

Berikut adalah momen tentang binatang piaraan kucing,,, yang tertangkap kamera pada saat saat yang tak bisa terulang









Read More..

Selasa, 11 Februari 2014

50 Kebiasaan Untuk Meraih Sukses

Sukses bermula dari mental. Anda bisa saja miskin namun jika Anda yakin bahwa Anda bisa sukses, maka itulah yang akan Anda raih. Demikian juga sebaliknya, jika seseorang terlahir kaya, namun tidak memiliki mental sukses, maka kelak ia pun bisa jatuh melarat.
http://kartikamayangsari.files.wordpress.com/2009/11/kunci-sukses.jpg
Tak peduli apa pun yang menjadi profesi kerja Anda sekarang, apakah karyawan rendahan atau bos sekalipun, Anda bisa meraih sukses dengan mengembangkan 50 kebiasaan sukses ini. Namun, ingat juga bahwa ukuran kesuksesan bukanlah uang, melainkan mental puas itu sendiri.
1.Carilah dan temukan kesempatan di mana orang lain saat orang lain gagal menemukannya.
2.Orang sukses melihat masalah sebagai bahan pembelajaran an bukannya kesulitan belaka.
3.Fokus pada solusi, bukan berkubang pada masalah yang ada.
4.Menciptakan jalan suksesnya sendiri dengan pemikiran dan inovasi yang ada.
5.Orang sukses bisa merasa takut, namun mereka kemudian mengendalikan dan mengatasinya.
6.Mereka mengajukan pertanyaan yang tepat, sehingga menegaskan kualitas pikiran dan emosional yang positif.
7.Mereka jarang mengeluh.
8.Mereka tidak menyalahkan orang lain, namun mengambil tanggung jawab atas tindakan mereka.
9.Mereka selalu menemukan cara untuk mengembangkan potensi mereka dan menggunakannya dengan efektif.
10.Mereka sibuk, produktif, dan proaktif, bukan luntang-lantung.
11.Mereka mau menyesuaikan diri dengan sifat dan pemikiran orang lain.
12.Mereka memiliki ambisi atau semangat.
13.Tahu benar apa yang diinginkan.
14.Mereka inovatif dan bukan plagiat.
15.Mereka tidak menunda-nunda apa yang ada.
16.Mereka memiliki prinsip bahwa hidup adalah proses belajar yang tiada henti.
17.Mereka tidak menganggap diri sempurna sehingga sudi belajar dari orang lain.
18.Mereka melakukan apa yang seharusnya, bukan apa yang mereka mau lakukan.
19.Mereka mau mengambil resiko, tapi bukan nekat.
20.Mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan segera.
21.Mereka tidak menunggu datangnya keberuntungan, atau kesempatan. Merekalah yang menciptakannya.
22.Mereka bertindak bahkan sebelum disuruh/ diminta.
23.Mereka mampu mengendalikan emosi dan bersikap profesional.
24.Mereka adalah komunikator yang handal.
25.Mereka mempunyai rencana dan berusaha membuatnya menjadi kenyataan.
26.Mereka menjadi luar biasa karena mereka memilih untuk itu.
27.Mereka bertinjauan melalui masa-masa berat yang biasanya membuat orang lain menyerah.
28.Mereka tahu apa yang penting bagi mereka dan melakukan yang terbaik yang mereka bisa.
29.Mereka memiliki keseimbangan. Mereka tahu bahwa uang hanya alat, bukan segalanya.
30.Mereka paham betul pentingnya disiplin dan pengendalian diri.
31.Mereka merasa aman karena mereka tahu mereka berharga.
32.Mereka juga murah hati dan baik hati.
33.Mereka mau mengakui kesalahan dan tidak segan untuk minta maaf.
34.Mereka mau beradaptasi dengan perubahan.
35.Mereka menjaga kesehatan dan performa tubuh.
36.Mereka rajin.
37.Ulet
38.Mereka terbuka dan mau menerima masukan dari orang lain.
39.Mereka tetap bahagia saat menghadapi pasang surut kehidupan.
40.Mereka tidak bergaul dengan orang-orang yang salah/ merusak.
41.Mereka tidak membuang waktu dan energi emosional untuk sesuatu yang di luar kendali mereka.
42.Mereka nyaman bekerja di tempat yang ada.
43.Mereka memasang standar yang tinggi bagi diri sendiri.
44.Mereka tidak mempertanyakan mengapa mereka gagal namun memetik pelajaran dari itu semua.
45.Mereka tahu bagaimana harus rileks, menikmati apa yang ada, dan mampu bersenang-senang dalam kecerobohan sekalipun.
46.Karir mereka bukanlah siapa mereka, itu hanyalah pekerjaan.
47.Mereka lebih tertarik pada apa yang efektif ketimbang pada apa yang mudah.
48.Mereka menyelesaikan apa yang telah mereka mulai.
49.Mereka menyadari bahwa mereka bukan hanya makhluk hidup belaka, namun juga makhluk rohani.
50.Mereka melakukan pada yang mereka katakan.
Jadi, apakah ada beberapa kebiasaan yang sudah menjadi bagian dari hidup Anda saat ini?! Jika ada, kembangkan itu, dan tambahkan peluang sukses Anda dengan melakukan yang lain. Ingat, sukses bukanlah milik orang yang tidak pernah gagal, melainkan milik orang yang tidak pernah menyerah!!
sumber



Orignal From: 50 Kebiasaan Untuk Meraih Sukses

Read More..

Senin, 10 Februari 2014

Sempat Tulis 5 Notis Bunuh Diri

Bunuh Diri

SIBU – Polis semalam menemui lima notis bunuh diri mengandungi wasiat di bilik tingkat bawah kediaman Tiang Lee Yee, suspek yang dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya dengan menggunakan gas beracun di Pulau Li Hua, di sini dalam kejadian Jumaat lalu.
Polis percaya notis bunuh diri itu ditulis sebelum kejadian pembunuhan dan akan menghantar notis bunuh diri kepada pasukan forensik untuk mengenal pasti individu yang menulis notis bunuh diri itu.
Selain itu, Tiang, 43, dipercayai menggunakan empat tong gas silinder untuk membunuh isterinya, Ling Yung Ming, 40, Christine Tiang Soon Ai, 14 dan Victor Tiang Soon Heng, 2 di kediaman mereka.
Tiang yang merupakan kontraktor dikatakan pada mulanya menggunakan dua tong gas silinder namun gagal, suspek kemudian membeli dua tong gas silinder lagi untuk tujuan membunuh ahli keluarganya.
Semalam, pegawai penyiasat kanan ASP Yeoh Chun Shyan dan anggota polis membawa suspek kembali ke kediamannya rumah berkembar dua tingkat pada jam 1.08 petang untuk enakmen semula jenayah dan mengumpul bahan bukti.
Polis turut menjumpai lima notis bunuh diri yang mengandungi wasiat di bilik tingkat bawah kediaman Tiang dipercayai ditulis sebelum kejadian pembunuhan itu.
Pada sekitar jam 1.40 petang, suspek turut membawa polis kembali ke lokasi kedai dia (suspek) membeli dua lagi tong gas silinder di Jalan Mantis.
Selain itu, suspek dibawa ke lokasi kedai dia membeli racun rumpai untuk membunuh diri dan membeli pil tidur di Jalan Tuanku Osman.
Polis turut percaya suspek membeli dua tong gas silinder, pil tidur dan sebotol racun rumpai pada hari kejadian (Jumaat) lalu.
Sebelum kejadian pembunuhan, Tiang dikatakan memberi pil tidur kepada isteri dan dua anaknya selepas membawa ahli keluarga keluar makan malam.
Bagaimanapun, anak sulung lelakinya, Tiang Soon Thai, 17, tidak mengambil pil tidur dan terselamat dalam kejadian itu. Kini, Soon Thai menerima rawatan di Hospital Sibu.
Abang Yung Ming dan pasukan forensik kembali semula ke lokasi kejadian di kediaman Tiang pada Sabtu lalu. – The Borneo Post
Read More..

Minggu, 09 Februari 2014

Wanita Pakatan tawar RM1 000 untuk jaga anak


  • Malaysiakini Apr 7 2013
Wanita Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan tawaran untuk memberi insentif penjagaan anak sebanyak RM1,000 dan juga penubuhan agensi pembantu rumah tempatan bagi meringankan beban golongan wanita berkerjaya.
Pemimpin parti berkenaan dalam satu sidang media hari ini mengumumkan, tawaran berkenaan sebagai satu bentuk sistem sokongan yang disediakan bagi memastikan kadar guna tenaga penuh wanita dalam lapangan pekerjaan terus dipertingkatkan.

Timbalan Ketua Wanita Keadilan Rodziah Ismail menjelaskan, insentif penjagaan anak itu diagih mengikut pendapatan ibu bapa.

"Macam taska di Selangor kita beri RM100 setiap bulan dalam bentuk baucer kepada ibu bapa yang dapat daripada institusi. Dan kerajaan negeri pula bayar (insentif) itu kepada institusi, supaya memastikan anak pergi ke institusi tersebut," katanya.

Dalam sidang media sama, seorang lagi pemimpin Wanita Pakatan, Dr Siti Mariah Mahmud turut menjelaskan bahawa agensi pembantu rumah tempatan akan dapat membantu menyelesaikan peningkatan kemasukan pendatang asing.

Ia juga akan membantu mengekang masalah keselamatan dan jenayah serta mengelak pembentukan anak-anak yang tercemar dengan budaya dan nilai asing, katanya.

"Dengan memberi fokus kepada strategi penubuhan agensi pembantu rumah tempatan ini kita yakin akan dapat memelihara budaya dan nilai tempatan dalam pembinaan anak-anaknya nanti yang turut diasuh oleh para pembantu rumah," katanya.

Sementara itu, naib ketua Dewan Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi pula berkata, perkara itu boleh dilaksanakan dengan kerjasama kementerian wanita, kementerian sumber manusia, kolej kemahiran wanita dan institut pengajian tinggi.

"Kita nak ubah fikiran bahawa wanita adalah pengurus rumah tangga. Ia diperlukan oleh rakyat dan anak-anak tidak lagi ditinggalkan kepada agensi swasta. Kerajaan Pakatan akan melatih sebaik mungkin," katanya.

Selain tawaran berkenaan, Wanita Pakatan sebelum ini mengumumkan tawaran untuk mengadakan caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah.

Ia dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi suri rumah yang layak.

Turut hadir di sidang media hari ini ialah ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff, timbalan ketua Wanita PKR Rodziah Ismail dan setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching.
Read More..

Sabtu, 08 Februari 2014

Nahas ragut nyawa

Keadaan kenderaan terlibat nahas berhampiran Terowong Menora.

KUALA KANGSAR - Lapan cedera manakala seorang maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 257.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, berhampiran Terowong Menora, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, membabitkan  dua treler dan dua kereta masing-masing jenis Toyota Avanza dan Nissan Latio yang dinaiki enam individu.

Kejadian yang dipercayai berlaku akibat kerosakan brek itu turut menyebabkan sebuah daripada treler berkenaan terjunam ke dalam gaung hampir  30 kaki.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Mohamad berkata, pemandu treler muatan tar berkenaan selamat sebelum berjaya dikeluarkan anggota penyelamat.

Menurutnya, mangsa yang maut merupakan pemandu treler muatan siling dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat  tersepit.

“Mangsa, M Ukesparen, 31, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sementara mereka yang cedera sudah dihantar ke hospital sama dan dilaporkan stabil,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku apabila treler muatan siling dipandu mangsa mengalami kerosakan brek.

Dua jentera dari Balai Bomba Ipoh dan Kuala Kangsar bersama 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Insiden berkenaan menyebabkan laluan kedua-dua arah sesak sepanjang lebih 10 kilometer.

sumber:
Read More..

Kamis, 06 Februari 2014

Dua butir bom mortar ditemui

Anggota polis memeriksa keadaan bom yang ditemui orang awam, semalam.

TELOK KEMANG - Dua butir bom mortar ditemui orang awam yang sedang bersiar-siar di Pantai 3 Telok Kemang, kira-kira jam 10.40 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan mendapati bom berukuran 66 milimeter (mm) itu dipercayai digunakan semasa perang di Tanah Melayu.

Menurutnya, bom itu bagaimanapun dimusnahkan unit pemusnah bom (UPB) diketuai Sarjan Mejar Abas Sadikun di Jeti Nelayan Telok Kemang yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi ditemui.

“Bom ini dimusnahkan pada jam 2.45 petang. Gerak kerja memindah dan memusnahkan bom berjalan dengan lancar,” katanya.

Abd Wahab turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak polis jika terjumpa objek yang ganjil atau menyerupai bom.

“Jangan bertindak untuk mengendalikan sendiri objek berkenaan kerana sedikit kesilapan akan membawa padah," katanya.
Read More..

Rabu, 05 Februari 2014

Manfaat dan Khasiat Daun Waru Sebagai Obat Tradisional

Daun Waru
Khasiat dan manfaat daun waru untuk kesehatan. Pada daun dan batang tanaman waru mengandung zat musilago yang sifatnya melapisi dinding saluran cerna, saluran kencing dan tenggorokan. Sementara zat emolien-nya bermanfaat sebagai antiseptik (pembasmi kuman).

Selain itu, tanaman waru juga mengandung protein dan zat tanin. Tidak heran kalau nenek moyang kita menggunakan tanaman waru sebagai obat-obatan tradisional untuk kesehatan.

Beberapa penyakit yang dapat disembuhkan oleh daun waru diantaranya adalah penyakit batuk, dan demam. Daun waru juga biasa dipakai sebagai obat untuk melancarkan buang air kecil dan penyubur rambut.

1. Obat Batuk

Ambillah 11 lembar daun waru muda kemudian diiris-iris. Setelah itu direbus dengan 2 gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Beri sedikit gula batu, kemudian diminum 2 kali sehari masing-masing setengah gelas.

2. Melancarkan Air Seni

Ambil beberapa lembar daun waru lalu direma-remas. Tambahkan dengan sedikit adas dan pulosari. Balurkan ramuan ini di sekitar perut bagian bawah.

3. Menyuburkan Rambut

Ambil beberapa lembar daun waru lalu diremas-remas dalam segelas air. Saring air tersebut dan diamkan di luar rumah selama satu malam. Keesokan paginya cuci rambut dengan air perasan daun waru tersebut dan diamkan hingga 10 menit. Lalu keramas rambut Anda dengan air bersih seperti biasa.

4. Obat Demam

Ambil 100 gram daun waru, 3 jari akar tapak liman, kemudian direbus dengan 2 gelas air hingga tersisa satu gelas. Minum ramuan ini sediki demi sedikit.

Nah, itulah beberapa manfaat dan khasiat daun waru sebagai tanaman obat tradisional herbal alami untuk kesehatan. Selamat mencoba!
Read More..

Selasa, 04 Februari 2014

Bola Mata Raksasa Misterius Ditemukan di Tepi Pantai

Sebuah bola mata raksasa misterius ditemukan seseorang di Pompano Beach, Florida, Amerika Serikat dan menghadirkan banyak pertanyaan mengenai seperti apa pemiliknya. Demikian diberitakan NBC News.


Bola mata raksasa ini ditemukan pada Rabu lalu dan sudah dilaporkan ke Florida Fish and Wildlife Conservation Commission untuk menyimpannya. Setelah itu, akan dikirim ke Fish and Wildlife Research Institute di St. Petersburg, Florida, untuk dianalisa.

Para ahli biota laut tidak bisa segera mengetahui spesies laut terkait mata raksasa misterius itu namun para ahli akan menggunakan tes genetik untuk memecahkan misteri tersebut. Demikian disampaikan juru bicara komisi, Carli Segelson.


Segelson mengatakan pikirannya dipenuhi beragam pertanyaan mengenai kasus ini termasuk sejak foto bola mata raksasa misterius itu terpanjang di page komisi di Facebook. "Foto ini begitu saja menyebar," katanya.

"Dugaan sementara kemungkinan mata itu milik ikan besar," katanya. Kemungkinannya adalah ikan tuna, ikan todak, atau ikan yang berasal dari laut dalam.



Sumber :
tribunnews.com
apakabardunia
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

Panas! Sistem Melarikan Diri Automatik Elak Perangkap AES

Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.

Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.


Seorang ejen menunjukkan cara memasang plat yang dijualnya.

Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.

Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang.

Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.

Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond Goldfinger dan Thunderball, pada tahun 1960-an.

Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.

Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang.

Malah, terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang.

Pemandu juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang dengan upah kira-kira RM30.

Lelaki itu, dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan.

"Pada mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual kira-kira 15 unit sehari," katanya.

Dia juga menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Karak.

"Jika anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pesalah boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas.

"Jika ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

-Mstar
Read More..